Allah Taala ada berfirman: “Wahai Daud! Sampaikanlah kepada penduduk bumi-Ku, bahawa Aku mencintai siapa yang mencintaiKu. (Aku) duduk dengan siapa yang duduk-duduk denganKu. Berjinakan dengan siapa yang berjinakan dengan mengingatiKu. Teman kepada siapa yang berteman denganKu. Memilih dengan siapa yang memilih Aku. Patuh dengan siapa yang mematuhiKu. Siapa yang mencari Aku dengan kebenaran, nescaya dia akan mendapat Aku. Dan siapa yang mencari selain daripadaKu, nescaya dia tidak akan mendapat Aku. Lemparkanlah wahai penduduk bumi, akan apa yang berada kamu di atasnya, daripada tipuannya. Marilah kepada kemulian-Ku, berteman dengan Aku dan duduk-duduk dengan Aku. Berjinak-jinaklah dengan Aku, nescaya Aku berjinak-jinak pula dengan kamu. Dan Aku bersegera mencintai kamu.”







Thursday, February 4, 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan keluarga .Maha Suci Dia yang memiliki keagungan yang paling tinggi dan paling luhur.Maha Suci Dia yang memiliki kebesaran paling agung dan paling Mulia.Maha Suci Dia yang memiliki kekuasaan paling tinggi dan abadi.

No comments:

Post a Comment